6 Nov 2012

Perkara yang buat lelaki akan menyayangi perempuan *HOT





Okeyy, kalau tengok tajuk, korang mesti ingat kita gatal kann~ :D ahhah, tak eh. Nie kite saje je nak share. Okeyh, jum start! :)
Perkara yang buat lelaki akan menyayangi perempuan | Fuh! dalam perhubungan sudah pasti kita inginkan hubungan itu berkekalan hingga ke akhir hayat kita. Tapi persoalannya bagaimana untuk kita kekalkan perhubungan itu? 

1) Fahami lelaki agar dia memahami anda.

Dalam perhubungan kita perlu memahami perangai si dia dan cuba untuk membiasakan dengan diri anda. Supaya anda dapat menerima si dia seadaannya bukan cuba untuk mengubah si dia. Asalkan tidak bertentangan dengan kehendak agama. Apabila anda sudah memahami lelaki mereka pun akan cuba memahami anda dan cuba menyesuaikan diri dengan anda.

2) Percaya untuk di percayai

Dalam perhubungan kepercayaan sangat penting untuk menjamin perhubungan yang kekal. Sekirannya anda inginkan lelaki mempercayai anda, anda seharusnya mempercayai mereka terlebih dahulu.

Untuk membuat si dia percayakan anda bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi untuk buat orang tidak mempercayai anda itu mudah.

3) Berikan Senyuman 

Anda tidak perlukan bayar untuk satu senyuman, cubalah anda senyum pada lelaki yang anda kasihi pasti anda akan mendapat satu senyuman dari si dia yang cukup bermakna. Tapi harus dingat juga jika nak senyum pun tengok tempat janganlah pula anda senyum kat dia 24jam nanti pelik pula si dia.

4) Pangil dengan pangilan yang manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

5) Hormat dia sebagai lelaki.

Sekirannya anda menghormati dia sebagai seorang lelaki dia juga akan menghormati anda sebagai seorang perempuan. 

Lyana rase, cukup dah kot perkongsian kite untuk hari nie. semoge sedikit sebanyak dapat bantu korang untuk menjage hubungan bersame. :)




0 Maniaa: